Categorized | Tips Blogging

Mansuhkan Skim Kasuma Untuk Anggota Tentera!

Mansuhkan Skim Kasuma!

Mungkin agak emosional ayat di atas, tetapi itulah yang berbuku di hati setelah sekian lama. Skim Kasuma sememangnya satu skim pinjaman yang cekik darah di samping menipu anggota tentera. Lebih mudah lagi, skim ini sebenarnya menindas anggota tentera!

Kalau anda katakan Skim Kasuma yang diperkenalkan oleh PERNAMA ini adalah untuk membantu anggota tentera mendapatkan alat elektrik dengan cara mudah/ pinjaman, maka saya katakan skim ini sebenarnya menindas anggota tentera. 

Apabila saya menggunakan perkataan ‘menindas’, maka ingin saya memberi contoh mudah untuk anda.

Contoh 1:

”Andaikan anda sedang berjalan di satu kawasan yang sunyi. Secara kebetulan, anda terjumpa sejumlah wang sebanyak RM 80,000 di dalam sebuah envelop. Di envelop itu pula terpampang nama sebuah syarikat dengan jelasnya. Jadi, apa tindakan anda? Adakah anda akan memulangkan wang tersebut atau menyimpan wang tersebut dan beredar dari situ dengan segera?”

Contoh 2:

”Anda diwakilkan untuk menguruskan sebuah projek landskap di kem anda. Budget yang dibenarkan ialah sebanyak RM 60,000 dan tender bagi landskap tersebut adalah open tender. Anda telah berjumpa dengan beberapa kontraktor yang menyediakan portfolio masing-masing dan anda mendapati ke semua kontraktor mempunyai kelayakan yang mencukupi. Namun, di antara beberapa kontraktor tersebut, salah seorang kontraktor berjanji akan menganjurkan pertandingan golf untuk wisma anda. So, yang mana akan anda pilih? Adakah anda akan memilih kontraktor biasa atau kontraktor yang menawarkan pertandingan golf tersebut?”

Di antara kedua-dua situasi di atas, yang manakah menjadi pilihan anda? Samaada mengambil wang RM 80,000 atau memilih kontraktor yang hendak menganjurkan pertandingan golf tersebut?

Jawapan bagi kedua-dua situasi di atas, tidak perlu saya huraikan lagi. Malah, saya tak berniat menjawabnya kerana kedua-dua situasi (terutama Situasi 2) memang kerap berlaku dan anda pasti tahu jawapannya. Apa yang menjadi budaya kita ialah kita menganggap perkara ini perkara biasa. Ayat yang biasa didengar ialah ~~Pertandingan golf tue pun bukan ada ape pun. Nanti ada jugak la aktiviti mess dari tak ada langsung aktiviti.”

Kesimpulan dari kedua-dua situasi  di atas ialah ‘siapa yang nak menolak ”rezeki?’

KENAPA SAYA BENAR-BENAR MEMBANGKANG SKIM KASUMA INI

Skim Kasuma.   Sebab utamanya ialah skim ini langsung tidak diintegrasikan dengan institusi kewangan yang lain dan Bank Negara. Syarat kelayakan bagi pinjaman ini adalah gaji anggota mestilah tak kurang dari 40%. So adakah ini cukup? Jika gaji anggota adalah RM 2,000, maka anggota masih boleh membuat pinjaman sehingga gaji tinggal RM 800. Soalan saya, adakah Skim Kasuma mengambil kira berkenaan hutang kereta, hutang motosikal dan lain-lain?

Institusi Pinjaman Lain.   Cuba anda buat pinjaman di institusi kewangan yang lain. Semasa di awal saya membuat pinjaman ASB (kira-kira 3 tahun yang lalu), bank (Maybank) telah menelifon saya dan bertanyakan mengenai pinjaman-pinjaman lain di luar slip gaji. Maybank juga dapat mengesan beberapa transaksi kewangan/ hutang saya yang lain termasuklah hutang kereta, hutang motosikal dan hutang AEON kredit. Maybank juga mengambil kira mengenai kedudukan kewangan keluarga seperti isteri bekerja atau tidak, bilangan anak dan lain-lain. Setelah tolak semua perkara ini dari gaji, maka barulah ianya dikira sebagai 40%.

Skim Kasuma ada buat begini? Asal gaji lebih dari 40%, conform boleh buat pinjaman. Maka kalau gaji pokok dan lain-lain adalah RM 2000, setelah ditolak hutang Kasuma sebanyak RM 1,200 (max), hutang kereta, bil elektrik & air serta lain-lain, berapa gaji sebenar yang tinggal!!

Atas sebab inilah askar sering kelihatan unmotivated, kelihatan seperti miskin, menggunakan kenderaan buruk dan kelihatan selekeh.

Siapa kata gaji askar sikit? Gaji Pbt yang baru tamat latihan pun hampir mencecah RM 1,200.00…   

PENUTUP

Saya tiada musuh dengan Skim Kasuma atau PERNAMA, namun perkara inilah yang menjadi duri dalam daging kita. Kita dirobek sekuatnya oleh skim ini, namun kita masih tak sedar.

Ya, anda mungkin mengatakan bahawa askar perlu bijak mentadbir kewangan masing-masing, tapi bandingkan jawapan anda dengan Situasi I dan Situas 2. Mansuhkan Skim Kasuma atau laksanakan pengintegrasian  rekod simpanan dengan bank yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Be Sociable, Share!

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply


7 + = twelve

Sponsor

NAK PRODUK PLR PALING MURAH?

Categories